Bahan-Bahan: |
Bahan A: |
135 gram gula aising |
90 gram serbuk badam |
Bahan B: |
75 gram putih telur |
50 gram gula kastor |
Sedikit pewarna mengikut citarasa |
Bahan inti: |
250 gram mentega |
175 gram gula aising |
100 gram oreo - dikisar hancur |
Cara penyediaan: |
1 Campurkan kesemua bahan A dan ayakkan. Ketepikan. |
2 Putar bahan B hingga kembang kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian. |
3 Masukkan adunan pertama ke dalam bahan A dan letakkan perwarna hijau. Kacau perlahan-lahan menggunakan spatula. |
4 Kemudian masukkan pula adunan kedua dan kacau perlahan-lahan lagi hingga sebati. |
5 Masukkan pula bahagian ketiga dan mesrakan lagi adunan perlahan-lahan. |
6 Sediakan loyang pembakar dan paipkan adunan bulat-bulat. |
7 Rehatkan seketika macaron sehingga bahagian atas macaron benar-benar kering kemudian bakar dengan suhu 160°C selama 14 minit. |
8 Apabila masak angkat dan rehatkan seketika macaron. |
9 Untuk intinya, campurkan kesemua bahan dan putar hingga kembang. |
10 Letakkan inti ditengah macaron setelah macaron seju. Sedia dinikmati. |
Khamis, 14 Julai 2011
Macaron Oreo
Label:
Macaron Oreo
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan