free counters

Khamis, 14 Julai 2011

Kuih Bangkit


Bahan-Bahan:

4 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan gula halus
1/2 sudu serbuk penaik
4 biji telur ayam
1 biji kelapa

Cara penyediaan:
1Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah  disangai dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
2 Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
3 Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
4Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
5 Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.
6 Bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga
7 Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan