free counters

Rabu, 13 Julai 2011

Dodol


Bahan-Bahan:

1 kilogram gula merah
800 gram gula melaka, dipotong kecil
750 mililiter air
3 helai daun pandan
900 gram tepung pulut
150 gram tepung beras
1 liter santan pekat dari 6 biji kelapa
2 liter santan cair 

Cara penyediaan:

1 Jerang 4 bahan pertama hingga mendidih dan gula hancur. Angkat.
2 Larutkan tepung pulut dan tepung beras dengan santan cair.
3 Tuang ke dalam kuali besar.
4 Tapiskan air gula ke dalam campuran tepung. Kacau rata.
5 Masak dan kacau atas api perlahan hingga pekat.
6 Tuangkan santan pekat dan kacau hingga kental dan berkilat.
*Jika dodol tak melekat pada jari, bermakna ia sudah masak.
Ratakan dalam dulang yg dilapik daun pisang dan biar sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan