Bahan-bahan : |
½ kg udang bersaiz besar |
5 helai daun limau purut dihiris halus |
1 cawan santan pekat - dicampur dengan 1 cawan air |
4 sudu makan kerisik |
2 sudu makan serbuk cili |
1 batang serai - diketuk |
Minyak masak untuk menumis |
Garam dan gula secukup rasa |
Bahan Untuk Di Kisar: |
4 biji bawang merah |
3 inci halia muda |
2 inci lengkuas |
2 batang serai |
1 cm kunyit hidup |
6 biji cili padi |
2 helai daun kunyit |
Cara Penyediaan: |
Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya. Masukkan serbuk cili dan tumis lagi hingga mesra. |
Masukkan santan, serai dan kerisik. Biarkan hingga menggelegak. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan santan menjadi berketul-ketul. |
Setelah menggelegak seketika, masukkan udang. Masak sehingga kuah pekat. |
Sabtu, 25 Jun 2011
Udang Masak Rendang
Label:
Udang Masak Rendang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan