free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Telur Goreng Bersambal


Bahan-bahan :

6 biji telur 
¾ cawan minyak

Baha Ditimbuk Kasar:

5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

1 Rebus telur hingga masak, sejukkan dan kupas. 
2 Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur hingga kekuningan. Ketepikan. 
3 Tinggalkan dua sudu besar minyak lebihan menggoreng telur dan tumis bawang  merah hingga kekuningan dan naik bau. 
4 Masukkan bahan-bahan tumbuk, garam, gula dan goreng lagi hingga masak. 
5 Masukkan telur rebus goreng ke dalam sambal dan gaul sebati, angkat dan bolehlah dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan