free counters

Isnin, 6 Disember 2010

Spaghetti Carbonara


Bahan-Bahan:

500 gram spaghetti  direbus dengan sedikit minyak supaya tidak melekat
2 camca besar minyak jagung
1 labu bawang holland
200 gram  udang dibuang kepala dan  kulitnya
115 gram keju cheddar
3 biji telur
3 camca besar susu segar  
4 camca besar whipping cream
Garam, serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar hirisan daun parsli 

Cara penyediaan:

1 Cincang bawang, panaskan minyak dan goreng bawang hingga layu dan keemasan
2 Masukkan udang dan kacau hingga udang masak
3 Parutkan keju dan pukul telur dengan garfu
4 Bila udang masak, masukkan susu atau whipping cream dan masukan garam serta serbuk lada hitam
5 Masukkan telur dan keju, kacau cepat campurkan dengan bahan gorengan kemudian sajikan hias dengan daun parsley.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan