free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Puding Pisang


Bahan-bahan :

Bahan Lapisan Atas:

1 biji kek swiss roll yang dipotong 8 potong lapan
15 gram agar-agar serbuk
2 cawan air

Bahan Lapisan Pisang:

3 biji pisang montel dihiris nipis
20 gram agar-agar serbuk
4 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
3 cawan susu segar
3 biji kuning telur

Bahan Lapisan Bawah:

15 gm agar-agar serbuk
2 cawan santan
Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan:

1 Potong swiss roll dan susun di bahagian bawah loyang.
2 Satukan agar-agar dan air. Didihkan hingga larut. Tuang ke atas swiss roll. Biarkan mengeras.
3 Hirisan pisang disusun di tepi loyang dan kalau ada lebih susunkan di atas lapisan swiss roll yang sudah mengeras.
4 Satukan bahan lain dalam periuk dan kacau sebati di atas api yang kecil sehingga likat. Tuangkan ke atas lapisan swiss roll tadi. Biarkan mengeras.
5. Sediakan bahan ketiga, satukan semua bahan dan didihkan. Tuangkan di atas lapisan kedua, dan biarkan mengeras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan