free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Agar Agar Lapis Tikar


Bahan-bahan :

Bahan A:

7 gram agar-agar serbuk
70 gram coklat masakan
500 ml air
50 gram gula
1/8 sudu kecil Nescafe

Bahan B:

15 gram agar-agar serbuk
300 ml susu cair
250 ml air
300 gram gula kastor
3 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil esen lemon
Sedikit pewarna hijau dan kuning

Cara penyediaan:

1. Masak bahan A sehingga sebati dan tuangkan ke dalam acuan dan biarkan beku. Potong memanjang kepada 8 bahagian.
2 Masak bahan B sehingga sebati. Susunkan adunan coklat di bawah acuan, dan tuangkan adunan berwarna kuning sedikit.
3Susun lagi adunan yang berwarna coklat dan ulang sehingga habis.
4 Sejukkan dan biarkan beku sebelum dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan