Buah mempelam masak memang enak dimakan dan disukai ramai. Ada yang memilih buah ini untuk dibuat perencah sambal belacan ataupun dicicah dan dimakan begitu saja. Untuk memastikan mempelam yang diperam cepat masak dan tidak mudah busuk, apa kata anda mencuba petua ini. Terlebih dahulu basuh mempelam hingga bersih dan keringkannya. Kemudian sapukan kapur sirih pada buah dibahagian tangkalnya. Selepas itu balut buah berkenaan dengan surat khabar dan biarkan selama beberapa hari. Insya Allah mempelam tidak akan jadi busuk, sebaliknya rasanya menjadi lebih sedap. |
Sabtu, 11 Disember 2010
Mengelak Mempelam Dari Busuk
Label:
Mengelak Mempelam Dari Busuk
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan