Tidak lengkap rasanya jika masakan gulai anda tanpa daun kari. Selalunya kita menggunakan hanya setangkai atau dua tangkai sahaja daun kari ketika memasak manakala yang selebihnya disimpan. Jika disimpan terlalu lama ia akan kering dan pastinya anda akan membuangnya begitu sahaja. Untuk mengelakan ini berlaku, leraikan daun dari batangnya dan direndam dalam air buat seketika. Angkat dan toskan serta simpan dalam bekas tertutup didalam peti sejuk. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan