free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Laksa Sarawak


Bahan-bahan:

2 liter santan dari 2 biji kelapa
4 liter air
1/2 kilogram ayam dipotong sederhana besar
50 gram udang kecil direndam dan kisar
10 biji tauhu goreng

Bahan Untuk Dikisar:

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
5 biji buah keras
3 batang serai
10 tangkai cili kering
2 cm belacan
1 sudu kecil
Serbuk kayu manis

Bahan Untuk Hirisan / Condiment:

Timun dipotong nipis dan memanjang
Chili merah dihiris
Bawang besar dihiris
Sedikit bijan disangai
Limau kasturi dibelah dua
Kek ikan dicelur
Sedikit hirisan telur dadar

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2 Kacau hingga terbit minyak.
3 Masukkan air, ayam dan udang.
4 Tuangkan santan, kacau perlahan.
5 Kacau perlahan dan masukkan garam, gula secukup rasa.
6 Masukkan tauhu goreng dan biarkan masak seketika dan angkat.
7 Hidangkan bersama bihun dan bahan hiasan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan