free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Laksa Asam Nyonya Melaka


Bahan-bahan:

1/2 kilogram ayam dipotong sederhana besar
10 ekor udang sederhana besar
1 liter santan
250 ml air
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Minyak masak
Gula dan garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar:

200 gm bawang besar
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering
60 gm udang kering

Bahan Untuk Hirisan / Condiment:

Timun dipotong nipis dan memanjang
Cili merah dihiris
Daun bawang dihiris
Bawang goreng
Telur rebus

Cara penyediaan:

1 Kisar semua bahan A dan tumis hingga terbit minyak.
2 Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3 Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4 Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5 Bolehlah hidangkan dengan pilihan mee ataupun bihun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan