free counters

Rabu, 15 Disember 2010

Kuah Kacang


Bahan-Bahan:

1 kilo kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dikisar
4 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
3 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
3/4 cawan air asam jawa pekat
500 ml air
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
Garam secukup rasa
1 cawan minyak, untuk menumis

Bahan Untuk Dikisar

20 tangkai lada kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering  yang telah direndam dan dibersihkan

Cara menyediakan:

1 Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang 
telah dititik.
2 Tuangkan bahan yang telah dikisar bersama serbuk ketumbar dan 
jintan halus. Gaul rata dan masak rempah sehingga naik bau.
3  Masukkan garam, gula, gula melaka dan air asam. Masak sehingga 
mendidih.
4 Masukkan kacang yang telah dikisar bersama air. Jika kuah agak
pekat, boleh tambah sedikit lagi air.
5 Masak sehingga keluar minyak. Kemudian boleh dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan