free counters

Khamis, 16 Disember 2010

Kuah Dhal


Bahan-bahan:


1 cawan kacang dal
2 batang lobak merah  dihiris sederhana besar
1 biji terung sederhana besar dihiris sederhana besar
2 biji kentang dibelah 6
Sedikit serbuk kunyit


 Untuk Untuk Ditumis:


1 inci halia diracik
2 biji bawang putih diracik
4 biji bawang kecil dimayang
Sedikit daun kari
Sedikit bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis
1 sudu kecil biji sawi 
3 biji cili hijau dihiris kasar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup  rasa


Cara menyediakan:


1 Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk
kunyit.

2 Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan lobak merah dan  
 kentang ke dalam rebusan dal tadi. Rebus sehingga kesemuanya 
empuk. Masukkan terung dan chili.

3 Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan 
bahan tumisan sehingga layu dan  naik bau. Kemudian curahkan ke 
dalam rebusan sayur 
sayur tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan