free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Kek Keju Perasa Pandan


Bahan-bahan:

200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 gram mentega
70 gram gula halus
70 gram tepung gandum, diayak
4 biji telur
1 camca teh perasa pandan 
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla

Cara penyediaan:

1 Koyak koyakan  keju  dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, perasa pandan  dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan.
2 pecahkan telur dan diambil kuningnya lalu dipukul hingga pucat dan masukkan kedalam periuk berisi susu segar dan keju tadi. Kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
3 Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam adunan diatas. Masukkan esen vanilla dan  gaul hingga rata.
4 Tuang dalam tin yang telah dilengser  mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat.
5 Bakar dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan