Bahan-Bahan: |
Bahan A: |
4 biji telur diambil kuningnya sahaja |
135 ml air |
85 ml minyak jagung |
1/4 camca teh garam halus |
100 gram gula kastor |
140 gram tepung gandum |
15 gram serbuk koko |
1 camca teh esen vanilla |
1 camca teh baking powder |
Bahan B: |
4 putih telur (gred A) |
100 gram gula halus |
Secubit cream of tartar |
Cara penyediaan: |
1 Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. |
2 Satukan kuning telur bersama gula halus , kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan. |
3 Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula halus, dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat. |
4 Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan pertama dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati. |
5 Tuang dalam tin chiffon, jangan sapu mentega pada tin dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul betul sejuk. |
6 Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang. |
Isnin, 13 Disember 2010
Kek Chiffon Cokelat
Label:
Kek Chiffon Cokelat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan