Bahan-Bahan: |
125 gram mentega |
75 gram gula aising |
1 biji telur diambil kuningnya |
1 camca teh esen vanilla |
225 gram tepung gandum |
1 camca teh emplex |
335 gram badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel |
Bahan Lain:- |
300 gram coklat masakkan |
1/2 camca besar lemak sayur |
Badam yang dicincang unyuk hiasan atas |
Paper cup saiz kecil secukupnya |
Cara penyediaan: |
1 Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim. |
2 Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis. |
3 Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata. |
4 Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam paper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit gula hiasan dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susun rapat rapat antara satu sama lain, tujuannya untuk menjadikan biskut tersebut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. |
Selasa, 7 Disember 2010
Biskut Almond London
Label:
Biskut Almond London
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan