free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Apam Sari Ambon


Bahan-bahan:-

5  biji telur
100 gram tepung halus
2 sudu teh baking powder
110 gram gula halus
2 sudu teh ovalette
40 ml susu segar
40 ml minyak masak
2 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah

Cara penyediaan:

1 Pukul telur, gula halus dan ovalette sehingga ia kembang dan gebu.
2 Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder sedikit sedikit. Teruskan memukul.
3 Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
4 Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
6 Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tidak melekat pada lidi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan