Bahan-bahan: |
Daun pisang yang dilayur diatas api, bentukkan menjadi segi empat tepat sebesar kotak mancis. Tutup kemas dikedua dua bahagian dengan lidi kelapa. |
Bahan Untuk Bahagian Bawah: |
60 gram tepung beras |
2 sudu besar tepung jagung |
140 gram gula |
800 ml air pandan |
Bahan Untuk Bahagian Atas: |
50 gram tepung beras |
1 cawan cawan santan pekat |
600ml Air |
Sedikit garam |
Cara menyediakan: |
1 Kisar daun pandan dengan air. Tapis dan dapatkan kira kira 800ml air pandan. Masukkan gula, tepung beras, tepung jagung dan gaul sebati dalam satu bekas. |
2 Masakkan bancuhan tadi hingga pekat dan berkilat. Masukkan kedalam bekas. |
3 Campurkan santan pekat dengan air jadikan kira kira 800ml. Kemudian masukkan tepung beras dan garam. Gaul sebati bancuhan. |
4 Masakkan bancuhan tepung yang diadun dan kacau hingga pekat. |
5 Masukkan kedalam bekas yang terlebih dulu diletakkan dengan bancuhan yang warna hijau. Biarkan sejuk. |
Rabu, 24 November 2010
Tepung Pelita
Label:
Tepung Pelita
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan