free counters

Rabu, 24 November 2010

Getas


Bahan-bahan :

Bahan Untuk Kuih :

250 gram tepung pulut
150 gram kelapa parut
130 ml air
Secubit garam

Cara menyediakan:

1 Campurkan semua bahan dan gaul hingga menjadi doh.
2 Kepal doh menjadi bulat bulat sebesar bola golf dan dileperkan. Goreng hingga kekuningan

Bahan Untuk Sira :

3/4 cawan gula
1/2 cawan air
Sehelai daun pandan

Cara menyediakan:

Masak bahan sehingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yang telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api. Sedia untuk dimakan, sesuai utk sarapan dan minum petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan