free counters

Isnin, 29 November 2010

Sup Ikan Merah

Bahan- bahan:

6 keping ikan merah
1 batang lobak merah dikupas kulitnya dan potong ikut suka
1 biji kentang dibelah 4
1 biji tomato dibelah 2
1 jari kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
4 cawan air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia

Cara menyediakan:

1 Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
2 Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
3 Masukkan air, karot dan kentang. Bila karot dan kentang sudah sentengah masak masukkan ikan merah, kobis, daun sup dan bawang goreng.
4 Bila kuah telah mendidih dan ikan telah masak, masukkan tomato, padamkan api dan tutup periuk. Sedia untuk dihidang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan