free counters

Jumaat, 26 November 2010

Puding Nenas


Bahan-bahan :

40 gram peket agar-agar
6 cawan air
1 tin buah nenas gelang
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung kastard
Buah ceri merah/hijau

Cara menyediakan:

1 Masak agar-agar sehingga hancur.
2 Masukkan air buah dalam tin dan  gula. BIla mendidih tapiskan.
3 Bancuhkan tepung jagung dengan susu cair dan tapiskan. Masukkan dalam adunan agar. Kacau sehingga agak pekat tapi tak perlu mendidih.
4 Susun buah nenas ke dalam acuan. Buatkan dua acuan. 1 untuk atas topi dan satu bekas leper sebapai bawah topi.
5 Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi nenas dan buah ceri yang disusunkan tadi.
6 Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
7 Bila agar agar telah keras letakkan adunan yang leper dalam pinggan lebar dan baru letakkan adunan mangkuk yang kecil diatasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan