free counters

Jumaat, 26 November 2010

Pengat Labu Manis

Bahan-bahan :

1 biji labu kuning
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 sudu besar  gula merah
4 sudu besar gula pasir
1 sudu besar  sagu mata ikan  yang dibasuhkan dan toskan
Daun pandan disiat dan disimpulkan
Garam

Cara menyediakan:

1 Labu kuning di buangkan kulit dan biji. Potong dadu l dan rebus dengan air bercampur  garam dan daun pandan.
2 Bila labu lembut angkat dan toskan.
3 Masukkan  santan dan gula.  Masakkan sehingga mendidih.
4  Bila dah mendidih, masukkan sagu mata ikan dan masak sehingga sagu menjadi jernh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan