free counters

Jumaat, 26 November 2010

Pengat Keladi


Bahan-bahan :

300 gram keladi  dipotong kiub
300 ml santan pekat 
20 gram gula pasir
160 gram gula merah
1 cawan sagu mata ikan
3 helai daun pandan disiat dan disimpul
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

1 Setelah keladi dibersihkan, rebus dengan air hingga separuh masak. 
2 Kemudian masukkan gula pasir, sagu mata ikan , gula merah dan daun pandan.
3 Kacau sebati dan masukkan santan pekat dan garam  biarkan ia mendidih. Masukkan air mengikut kepekatan yang anda kehendaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan