free counters

Jumaat, 26 November 2010

Bubur Cha Cha

Bahan- bahan

2 biji ubi keledek
1 biji keladi 
Setengah cawan biji cha cha berwarna warni  ( merah,hijau,putih)
Setengah cawan sagu mata ikan dibersih dan ditoskan
1/2 tin jagung manis 
Santan dari setengah biji kelapa
1 setengah cawan gula putih
Setengah cawan gula perang
2 helai daun pandan

Cara menyediakan:

1 Potong dadu keledek dan keladi
2 Rebus bersama tepung gunting sehingga empuk
3 Kemudian, masukkan sagu mata ikan  sehingga sagu kembang.
4 Masukkan santan secukupnya.
5 Masukkan secubit garam dan 2 helai daun pandan. Masak sehingga mendidih dan boleh dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan