free counters

Jumaat, 19 November 2010

Mambu


Mambu atau nama botaninya azadirachta indica juga dikenali sebagai pokok semambu, bambu atau pokok laksamana. Mambu mudah tumbuh dan membiak samaada dari keratan batang ataupun biji benih. Apabila matang, ia boleh mencapai ketinggian antara 3 hingga 5 meter. Mambu memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbuh subur.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat kudis buta (scabies ) dan cacar air (chicken pork) - Ramas daun mambu kedalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mandi.  Selain dapat menghilangkan miang akibat campak atau cacar air ia juga membantu kulit kembali kekeadaan asal selepas sembuh tanpa menimbulkan parut.
Pesakit campak dan cacar air selalunya tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana merasa terlalu gatal. Untuk mengurangkan kegatalan ini, daun bambu yang dibungkus dengan kain boleh digunakan sebagai lapik badan.Daun bambu yang ditumbuk lumat juga berkesan untuk merawat kudis buta atau scabies. Tangan pesakit hendaklah direndam dan dibersihkan dengan air suam. Setelah itu keringkan tangan dengan kain yang bersih dan campuran daun mambu yang tumbuk lumat disapu pada bahagian yang terkena kudis. Biarkan hingga kering sebelum dibersihkan.
Merawat Sakit Belakang - Campuran antara daun mampu dan daun kaduk direbus dan diminum airnya dikatakan dapat melegakan sakit belakang.
Melegakan Demam Dan Gastrik - Air rebusan akarnya yang mengandungi  alkaloid, nimbin, nimbinin dan nimbidin amat pahit tapi amat mujarab untuk meredakan demam dan gastrik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan