free counters

Jumaat, 19 November 2010

Maman Ungu


Maman Ungu atau nama botaninya gynandropsis gynandra / cleome gynandra L merupakan sejenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai tumbuh dikawasan berpasir dan bertanah liat dikawasan tropika. Terdapat dua jenis maman yang biasa dijumpai maman sayur dan maman hantu. Maman sayur ialah maman yang biasa dijadikan jeruk dan dimakan dengan nasi manakala maman hantu walaupun kadangkala dijadikan jeruk namun ia kurang digemari kerana rasanya yang pahit.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Demam Dan Selesema - Air rebusan daun maman kuning diminum untuk menjadi penawar demam.
Merawat Arthtritis - Daunnya dihancur hampir lumat dan hasilnya disapu  pada bahagian yang sakit. Balut dengan kain dan biarkan seketika.
Menurunkan Tekanan Darah Tinggi - Buahnya dimakan mentah sebagai ulam.
Mengubat  Sakit Telinga - Jus hasil perahan daunnya dititis kedalam telinga untuk mengurang kesakitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan