free counters

Selasa, 23 November 2010

Lepat Labu

Bahan-bahan :

Sebiji labu manis yang berat  lebihkurang 1kilogram
1/4 cawan gula merah
3/4 cawan gula pasir
1 camca teh garam
2 cawan tepun gandum
Daun pisang secukupnya. Dilayur atas api.

Bahan Untuk Inti :

Kelapa parut yg telah dibuang kulit ari
secubit garam

Cara menyediakan:
 
1 Labu manis dipotong bersaiz dadu yang besar dan direbus hingga empuk. Toskan dan lecek lumat.
2 Campurkan gula merah, gula putih dan garam. Kacau sebati.
3 Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
4 Sendukkan adunan ke atas daun pisang, bubuh inti kelapa dan tutup semula dengan adunan. Lipat daun kemas. Kukus selama lebih kurang 20 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan