Lengkuas atau nama botaninya alpinia galanga stuntz dikenali juga sebagai laos atau ladja. Ia merupakan tumbuhan yang berizom dan berumpun. Terdapat dua jenis lengkuas, lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar. Lengkuas memerlukan tanah yang bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Penyakit Limpa Bengkak - merebus 2 lengkuas sebesar ibu jari, 3 temu lawak sebesar ibu jari, dan segenggam daun dukung anak (segar atau kering) dan 3 cawan air hingga mendidih. Air ini kemudiannya diminum 2 kali sehari, pagi dan malam. |
Merawat Bronkitis Dan Rheumatoid - Ambil 2 ketul lengkuas, 2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari dan direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum setiap pagi dan malam. |
Lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu dan ubat untuk menguatkan tenaga. |
Jumaat, 19 November 2010
Lengkuas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan