free counters

Jumaat, 19 November 2010

Lemuni

Lemuni atau nama botaninya  vitex trifolia var negundo juga dikenali sebagai  dangla, lagundi,lipuk atau tigau. Lemuni ialah tumbuhan dari jenis renek yang boleh mencapai ketinggian 1 hingga 4 meter. Satu tangkai daun memegang 3 daunnya,dengannya daunnya berkilat dibahagian atas. Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Luka Terbakar - Memanaskan daunnya didalam periuk/bekas  yang panas tanpa dicampur air. Daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi.Lakukannya dua hingga 3 kali sehari.
Merawat Sakit Kepala Dan Mata Berair - Daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang butih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil dan dimakan seperti makjun.
Mengecutkan Rahim - Bagi wanita selepas bersalin elok meminum air rebusan akarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan