free counters

Khamis, 18 November 2010

Lakum


Lakum atau nama botaninya vitis diffusa juga dikenali sebagai ubi kertas atau lakom. Ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar dan daunnya yang muda berwarna putih dibahagia bawahnya. Bahagian yang putih ini akan bertukar warna menjadi coklat keperangan setelah agak tua. 
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat  Bisul  - Ubi lakum digunakan untuk merawat bisul dengan cara mengasah ubi tersebut pada buntut pasu dan campurkan dengan air dan disapu pada bahagian yang sakit dan dibiarkan kering.
Rawatan Selepas Bersalin - Beberapa helai daun lakum yang telah dikeringkan direbus, dan airnya yang telah suam diminum setiap hari. Proses pengeringan daun lakum yang hendak digunakan dalam perubatan perlu dilakukan ditempat yang teduh dan bukannya secara terus kepada sinaran cahaya matahari. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan