free counters

Khamis, 18 November 2010

Lada Hitam

Lada Hitam atau nama botaninya  piper nigrum L atau dikenali juga sebagai  lada, biji lada, lada bena atau mulagu. Ia hidup subur dikawasan tanah tinggi dan berbukit. erdapat dua jenis lada yang biasa dijumpai sebagai rempah iaitu lada hitam dan lada putih. Kedua-duanya dihasilkan dari buah lada hitam melalui dua proses yang berbeza. Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak diatas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam dan berkeriput. Lada putih pula dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masak, ia kemudiannya direndam untuk memudahkan proses pengupasan. Pengupasan dilakukan dengan menggosoknya, setelah itu ia dijemur hingga benar-benar kering. Lada putih mempunyai bau yang lebih kuat dari lada hitam, tetapi bau lada hitam lebih wangi dari lada putih.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Kembung Perut Bayi - Lada hitam dan lada putih yang dibungkus dalam kain dan dilayurkan pada api digunakan untuk menuam perut bayi yang kembung.
Merawat Bengkak Dan Bisul- Lada hitam dan lada putih yang dibungkus dalam kain dan dilayurkan pada api digunakan untuk menuam pada bahagian yang bengkak atau yang tumbuh bisul.
Menguatkan Tenaga Dalaman Lelaki - Lada hitam yang ditumbuk dan diminum bersama air suam dapat menguatkan tenaga dalaman lelaki. Ia boleh juga dimakan bersama telur setengah masak dan dicampur madu lebah asli.
Meredakan Cirit-Birit Dan Kencing Tidak Lawas -  Segenggam lada hitam direbus dan air rebusannya diminum.
Selain dari itu lada hitam boleh juga meredakan sakit perut,loya, demam, sakit sendi dan sakit kepala. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan