free counters

Khamis, 18 November 2010

Jerangau


Jerangau atau nama botaninya acorus calamus dan juga dikenali sebagai  jeringau atau jeringu. Ia merupakan tumbuhan separa berair dan mempunyai rizom yang berbau wangi. Rizomnya berbentuk silinder dan diameternya antara 19 hingga 25mm. Kulit rizom berwarna coklat muda dengan warna putih didalamya. Bahagian dalamnya berbentuk seperti span. Daunnya tebal dan keras berbentuk seperti pedang. Apabila daunnya dikoyakkan akan terhasil satu bau yang wangi. Jerangau menghasilkan bunga berwarna kuning kecil yang akan keluar dari ketiak daunnya. Tumbuhan ini jarang mengeluar biji benih dan pembiakan utamanya ialah melalui pecahan rizom.
Di gunakan untuk rawatan.
Mengubati Sakit Perut Yang Disebabkan Oleh Gastrik - Minyak yang dihasilkan dari tumbuhan ini  disapu kepada bahagian perut yang sakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan