Jelai atau nama botaninya coix lachryma jobi juga dikenali dengan pokok tasbih. Tumbuhan rerumput ini mempunyai batang tegak yang mempunyai buah yang keras berupa manik dan berlubang ditengahnya. Ia boleh mencapai ketinggian 3 meter dan tumbuh dalam bentuk rumpun. Buahnya berkilau seperti porcelin, tebal dam amat keras.ia berwarna hijau muda ketika muda dan berubah menjadi kuning langsat apabila masak. Ia menjadi hitam apabila tua.Daunnya berbentuk seperti daun jagung tetapi lebih pendek dan berketak-ketak. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Demam Kuning - Dengan merebus 15 g akarnya hingga air rebusan tinggal setengah, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari. Disamping itu pesakit perlu minum banyak air masak ketika mengamalkan tonik ini. |
Merawat Rheumatoid - Kira kira 30 gram buahnya yang tua direbus sehingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya ketika sakit. Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk. |
Merawat Batu Karang - Kira kira 5gram daunnya dijadikan teh dan diminum dan diamalkan selalu hingga masalah batu karang hilang. tambahkan daun hingga 10 gram untuk mengubat jangkitan pundi kencing dan kencing kotor dan diambil dengan cara yang sama. |
Mengubat Sakit Kepala Dan Migrain - Keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang dan direndam dalam air panas. Pesakit akan dimandikan dengan dengan air rendaman ini setelah suam. |
Khamis, 18 November 2010
Jelai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan