Garuda atau nama botaninya ruta angustifolia dikenali juga sebagai pokok inggu. Pokok yang beraroma kuat ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian hingga 1.5 meter. Ia mempunyai batang berkayu yang kecil dan mempunyai cabang yang banyak. Daunnya berwarna hijau muda manakala bunganya yang akan muncul di hujung ranting mempunyai warna hijau muda. Buahnya kecil berwarna coklat dan berbentuk lonjong. Ia mempunyai biji benih yang berbentuk buah pinggang. Ia membiak melalui dua cara iaitu biji benih dan keratan batang. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Epilepsi (Sawan Babi), Hernia, Histeria, Flebis (Radang Pembuluh Darah) Dan Athritis. Sesuai juga digunakan untuk merawat penyakit lain seperti menurunkan kepanasan badan bagi yang mengalami demam. Penggunaan dengan dos yang terkawal boleh merangsangkan otot uterus dan menggalakkan pengeluaran haid dan boleh digunakan juga sebagai penjarak kehamilan. |
Khamis, 18 November 2010
Garuda
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan