free counters

Khamis, 18 November 2010

Gandarusa


Gandarusa atau nama botaninya justicia gendarussa linn dikenali juga sebagai daun rusa.Panjang daunnya lebih kurang 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal. Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau.Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Tulang Patah - Daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang  patah dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.
Merawat Rheumatoid - Daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya rebusannya diminum sebagai amalan.
Mengurang Kesan Lebam - Daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam.
# Tumbuhan ini tidak sesuai untuk rawatan ketika wanita hamil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan