free counters

Khamis, 18 November 2010

Delima


Delima atau nama botaninya  punica granatum dikatakan berasal dari timur tengah. Daun delima berukuran antara 3-7 cm panjang dan 1.3 cm lebar. Daunnya mempunyai permukaan yang berkilat dan berbentuk oblong. Bunga delima berwarna merah terang, ada sesetengah varieti yang mempunyai bunga oren terang terutamanya sepesies delima katik atau kerdil (dwarft pomergranate) atau nama saintifiknya punica granatum nana. Delima katik amat sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dalam pasu dan juga bonsai.
Di gunakan untuk rawatan.
Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut,  melegakan cirit birit dan disentri, mengurangkan tekanan darah tinggi. Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang dimakan  bersama madu merupakan penawar homoepati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik. Amalan makan buah delima juga baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan