free counters

Khamis, 18 November 2010

Daun Dewa


Daun Dewa atau nama botaninya gynura divaricata/gynura segetum (Lour) merr/gynura pseudochina  dikenali juga dengan nama setawar barah. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang lembut dan  mempunyai daun yang permukaannya dilitupi oleh rerambut halus yang lembut. Bahagian tepi daunnya bergerigis dan seolah-olah mempunyai garisan luar yang berwarna ungu
Di gunakan untuk rawatan.
Mengubati Ketuat Dan Bisul - Daunnya dihancurkan dan letakkan pada ketuat atau bisul dan biarkan semalaman. Basuh pada keesokkan harinya.Lakukan amalan ini hingga ketuat mati/hilang. 
Merawat Barah - Campurkan 30g daun dewa dengan 20g temu putih dan 30 g rumput jombang atau lebih kita kenali dengan nama dandelion. ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dengan 600ml air sehingga ia hanya tinggal 300ml. Air rebusannya ditapis dan diminum apabila suam setiap hari sehingga penyakit berkurang.
Merawat Tumor - Daunnya dimakan mentah sebagai ulam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan