free counters

Sabtu, 27 November 2010

Biskut Mama Carries


Bahan- bahan:

250 gram mentega
350 gram tepung gandum
100 gram gula aising
150 gram tepung jagung
1 camca teh esen vanilla

Cara menyediakan:

1 Pukul mentega dan gula aising. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga gebu.
2 Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
3 Terap doh setebal 1/2cm menggunakan cookie cutter yang disukai.
4 Susun biskut di dalam tray yang telah dialas dengan kertas minyak.
Sapukan topping diatas biskut, boleh juga menggunakan  jari untuk hasil yang baik. hiaskan topping dengan emulco kegemaran anda.
5 Bakar pada suhu 150 C selama  20 minit.

Bahan Untuk Topping:

125 gram gula aising
1/2 putih telur
1/2 sudu teh tepung jagung
emulco( strawberry  dan  pandan emulco)

Cara menyediakan:
Campurkan kesemua bahan bahan  diatas dan kacau sehingga sebati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan