free counters

Sabtu, 27 November 2010

Biskut Empingan Jagung

Bahan-bahan:

250 gram mentega
1 cawan gula kastor
300 gram emping jagung
2 cawan tepung jagung
2 cawan tepung naik sendiri
2 biji kuning telur
1/2 sudu kecil emplex
1/2 sudu kecil shortening (crisco)
1/4 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil esen oren
10 sudu besar Nestum

Cara Menyediakan:

1 Pukul mentega, shortening dan gula hingga sebati, tetapi jangan sampai kembang. Masukkan semua esen dan gaul sebati.
2 Masukkan telur, emping jagung dan Nestum. Gaul hingga sebati.
3 Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan emplex. Gaul hingga rata.
4 Bentukkan doh mengikut citara  dan bakar pada suhu 160C selama 25 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan