free counters

Isnin, 29 November 2010

Ayam Percik


Bahan bahan: 

2 kilogram ayam yang potong 4 
3 cawan santan pekat 
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula
1 sudu teh halba
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar:

20 tangkai chili kering
5 ulas bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara menyediakan:

1 Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2 Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3 Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. Boleh juga memanggang ayam menggunakan pemanggang bara api.
4 Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan