free counters

Jumaat, 26 November 2010

Agar Agar Kastard


Bahan-bahan :

1 peket agar-agar
6 cawan air  untuk masak agar - agar
12 sudu makan gula
1/2 tin susu cair
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh pewarna merah untuk hiasan
1 sudu teh pewarna hijau untuk hiasan
sedikit coklat cair untuk hiasan

Cara menyediakan:

1 Masak agar-agar bersama gula sampai mendidih dan semuanya larut
2 Masukkan tepung kastard , kuning telur dan susu cair dalam agar-agar tadi. Kacau selama 5 minit hingga mendidih.
3 Setelah mendidih matikan api dan tuang ke dalam loyang. setelah itu percikkan pewarna ikut kreativiti sendiri.
4 Biarkan sejuk dan sedia untuk di makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan