free counters

Selasa, 30 November 2010

Tongkol Masak Asam Pedas


Bahan-bahan :

500 gram ikan tongkol
10 biji kacang bendi
2 biji buah tomato dibelah 4
1/2 cawan jus asam jawa
2 tangkai bunga kantan dibelah 2
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar:

10 tangkai chili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil kunyit serbuk
3 cawan air

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak dan berbau wangi.
2 Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
3 Masukkan ikan dan garam dan biarkan sehingga mendidih lagi.
4 Masukkan buah tomato, bunga kantan dan kacang bendi.
5 Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan