free counters

Sabtu, 20 November 2010

Terung Susu Kambing


Terung Susu Kambing atau nama botaninya solanum mammosum L. atau dikenali juga dengan nama terung terung tetek kambing atau apple of sodom. Tumbuhan yang biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bentuk da warna buahnya yang menarik ini boleh mencapai ketinggian hingga 4 kaki. Bunganya ada yang ungu dan ada juga yang putih. Buahnya pula berwarna kuning terang dan mempunya banyak biji berwarna coklat didalamnya. Ia membiak melalui biji benih. Ia merupakan tumbuhan dikot dari famili solanaceae, sama famili dengan terung-terung yang lain seperti terung biasa dan terung pipit.
Di gunakan untuk rawatan.
Mengubat Darah tinggi, Kencing Manis Dan Buasir  -Sebiji buahnya dilubangkan dengan jarum pada bahagian hujungnya.Ia kemudiannya direbus hingga mendidih dan airnya diminum 2 gelas sehari.
Merawat Barah Buah Dada -Buah ini ditumbuk lumat dan disapukan pada sekeliling payudara setiap malam dan   airnya diminum 2 kali sehari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan