Sepang atau nama botaninya caesalpinia sappan L. juga dikenali sebagai sepang merah atau sappan wood. Ia merupakan pokok (tumbuhan berkayu) yang mempunyai kayu yang berwarna merah dan jika direndam didalam air akan mengeluarkan warna merah seakan-akan warna air sirap. Daunnya majmuk bipinat dengan susunan daun berselang. Dalam satu tangkai daun terdapat antara 10 hingga 12 pasang daun.Bunganya mempunyai lima kelopak bunga yang berwarna kuning. Bijinya tersimpan didalam pod buah. Kandungan kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah brasilin,tanin dan minyak terbang (volatile oil). |
Di gunakan untuk rawatan. |
Rawatan Selepas Bersalin - Kayu sepang direbus bersama air hingga mendidih dan diminum setiap pagi semasa pantang.Selain untuk menyembuhkan luka ia juga berperanan melancarkan kitar haid selepas bersalin. Air rebusan sepang juga digunakan untuk membasuh vagina bagi mengubati penyakit keputihan. |
# Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan persediaan herba dari tumbuhan ini melainkan mendapat nasihat pengamal perubatan yang bertauliah. |
Sabtu, 20 November 2010
Sepang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan