free counters

Sabtu, 20 November 2010

Senduduk

Senduduk atau nama botaninya melastoms malabathricum merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.
Di gunakan untuk rawatan.
Menyembuhkan Luka Dalaman Selepas Bersalin - Ambil daunnya yang tua atau yang gugur ke tanah (berwarna merah muda). Kemudian  ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air. Ambil  air tapisannya dan diminum setiap pagi.
Merawat Cirit-Birit , Berak Berdarah Dan Buasir - Minum air rebusan daun senduduk.Bagi mengubati buasir, ambil akar senduduk bersaiz lebih kurang sebesar dan sepanjang jari kelingking dan direbus dengan tiga cawan air hingga isipadunya tinggal satu cawan.Lakukan sebanyak tiga kali sehari. 
Mengubati Keputihan - Daunnya dikeringkan terlebih dahulu. Rebus daun bersama halia, sedikit gula dan bonglai.
Mengubati Ulser Mulut - Daun senduduk diramas ke dalam air dan airnya digunakan untuk berkumur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan