Pegaga atau nama botaninya centella asiatica sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh di tanah lembab.Daunnya
berbentuk ringkas berwarna kekuningan. Terdapat beberapa variasi pegaga di
Malaysia seperti Pegaga Salad, Pegaga Kerinting atau Pegaga Kerang atau
Pegaga Nyonya dan Pegaga Biasa. Menurut WHO pegaga terbukti berkesan meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Ia dipanggil makanan otak kerana dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan gejala disebabkan tekanan, meningkatkan tindakbalas dan menambahkan kekuatan fizikal dan mental. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Demam Dan Menurunkan Suhu Badan - Daun pegaga direbus dan air rebusannya diminum untuk melegakan demam dan menurunkan suhu badan. |
Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi , Mencegah Nyanyuk, Melambatkan Proses Penuaan Dan Menolong Badan Menyingkirkan Bahan Toksik - Daunnya dimakan mentah bersama nasi samada dibuat ulam atau kerabu. Daunnya juga boleh dikisar dibuat jus dan diminum airnya sebagai amalan seharian. |
Amalan memakan pegaga sebagai ulam dapat memberi kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia menunjukkan kesan yang memberangsangkan bg merawat kaki kejang,bengkak kaki dan masalah kaki berat dan kebas. |
Jumaat, 19 November 2010
Pegaga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan