free counters

Jumaat, 19 November 2010

Mengkudu


Mengkudu atau nama botaninya morinda citrifolia L merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia walaupun ianya dipercayai berasal dari kepulauan Hawaii. Pada kebiasaannya pokok herba ini mempunyai batang yang lembut dan berair dan digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.
Di gunakan untuk rawatan.
Mencergaskan Badan Selepas Bersalin - Daunnya digunakan sebagai campuran air untuk mandian.
Merawat Penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi, Batu Karang,Senggugut, Kencing Tak Lawas, Melegakan Asma, Demam Kuning, Mencegah Nyanyuk, Melambatkan Proses Penuaan Dan Merawat Hepatitis -  buahnya yang masak dikisar dan dijadikan jus.  Jusnya juga boleh digunakan untuk kegunaan luaran dan selamat diminum pada bila bila  masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan