Memali atau nama botaninya leea Indica Merr dan dikenali juga sebagai pokok mali, mali-mali, merpati padang, jolok-jolok, bandicoot berry atau kukur. Batangnya berkayu dan ketinggiannya 2 hingga 4 meter. Daunnya bersifat majmuk, berbentuk lonjong dengan lebarnya sekitar 5-7 cm dan panjangnya lebih kurang 15 cm, mempunyai urat daun yang jelas dan Daunnya mempunyai permukaan luar yang berkilat dengan tepinya yang bergerigi. Bunga memali berwarna putih kehijauan , kecil dan tersusun dalam bentuk jambak. Buahnya daripada jenis beri, berwarna hijau ketika muda dan hitam berkilat apabila masak. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Penyakit Batu Karang - Akar memali, pucuk buluh yang masih bergulung, akar dan duri buah mengkuang tikus, akar rumput senayan halus, daun dan akar pokok mempelas kasar dan akar daun tepus kerai dicampur bersama-sama dan direbus. Air rebusan diminum 3 kali sehari. Bahan campuran ini boleh diulang rebus sehingga tiada lagi bau dan warnanya. |
Mengubati Luka - Beberapa helai daun
memali ditumbuk lumat hingga
mengeluarkan air. Airnya yang agak bergetah kemudiannya disapu pada bahagian
yang luka. |
Jumaat, 19 November 2010
Memali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan