free counters

Jumaat, 19 November 2010

Lidah Buaya


Lidah Buaya atau namanya aloe vera linn juga di kenali dengan nama jadam, lily of the desert atau plant of immortality.Ia banyak ditanam dan kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu. Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang. Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan.
Di gunakan untuk rawatan.
Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic. Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Tumbuhan ini mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan. Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(usus).
Boleh juga digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis. Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga. Untuk  kecantikan pula, gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit.Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan